TAHAP PENGUASAAN FI’L AMR DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SECOND LANGUAGE ACQUISITION

Main Article Content

Syakirah Rifa’in@Mohd Rifain
Mat Taib Pa

Abstract

Kajian ini merupakan kajian mengenai tahap penguasaan fi‘l amr terhadap para pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar prauniversiti terhadap fi‘l amr terutama berkaitan wazan fi‘l amr serta mengetahui masalah yang dihadapi oleh para pelajar pra-APIUM berkaitan fi‘l amr. Sampel kajian yang akan dipilih adalah seramai 50 orang pelajar pra-Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam puri. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan ujian bertulis untuk mendapatkan data dan maklum balas daripada responden. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Program Social Science (SPSS) versi 13.0 manakala dapatan kajian dibentangkan dengan bantuan jadual dan rajah. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap fi‘l amr di tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam menguasai fi‘l amr.Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pensyarah agar dapat membantu meningkatkan penguasaan fi‘l amr dalam kalangan pelajar khususnya pelajar di pra-Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri.


Kata kunci: Penguasaan, fi‘l amr, bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Syakirah Rifa’in@Mohd Rifain, & Mat Taib Pa. (2022). TAHAP PENGUASAAN FI’L AMR DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI: SECOND LANGUAGE ACQUISITION. Al-Ḍād Journal, 6(2), 30–39. https://doi.org/10.22452/aldad.vol6no2.3
Section
Articles