Limitasi I’rab dalam Penentuan Makna Ayat: Satu Analisis Linguistik Berkenaan Kekaburan Nahw Syntax

Main Article Content

Amer Hudhaifah Hamzah
Ahmad Arifin Sapar

Abstract

Isu sintaksis moden mempunyai beberapa perspektif menarik untuk dikaji menurut kaedah nahw tradisional. Kekaburan struktur yang juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai الغموض النحوي (structural ambiguity) sebenarnya turut terjadi kepada i’rab. Hal ini secara tidak langsung memberi input pandangan yang tepat terhadap fenomena i’rab yang sudah menjadi polemik sejak pertengahan abad ke-20. Berdasarkan teori Khulasah Tammam Hassan, kajian ini cuba memahami kekaburan struktur yang terjadi kepada i’rab di samping unsur-unsur bahasa yang lain untuk melihat bagaimana i’rab berfungsi memberi pencerahan makna kepada ayat bahasa Arab. Pengumpulan data dan analisis sumber kajian dibuat berdasarkan korpus yang berwibawa. Hasil penelitian subjek telah mengkategorikan korpus bahasa kepada tiga kategori iaitu: 1) gaya yang tidak memerlukan i’rab kerana struktur yang jelas, 2) gaya yang memerlukan i’rab kerana struktur yang kurang jelas, 3) gaya yang tetap kabur meskipun dengan unsur i’rab. Keputusan kajian menyimpulkan, banyak bait syair dan ayat Arab sebenarnya yang tidak memerlukan i’rab kerana strukturnya yang sudah jelas. Walau bagaimanapun, dalam sebilangan keadaan, i’rab memainkan peranan penting seperti dalam konteks perbezaan makna relatif dan mutlak melalui واو المعية dan واو العطف juga perbezaan ayat penyata dengan ekpresif berdasarkan isu كم الخبرية/التعجبية dan كم الاستفهامية. Namun, keadaannya berbeza apabila melihat kepada ayat Yunus: 71 yang gagal dimaknai oleh i’rab kerana kedua-dua makna yang saling berbeza mengandungi kekaburan yang dipercayai berpunca daripada struktur. Hal yang sama turut terjadi kepada akusatif كذا dan jenis leksem أيّ. Sehubungan itu, pengkaji merumuskan bahawa i’rab bukanlah unsur utama dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, ia terbukti berjaya memainkan peranan yang signifikan terhadap makna sebagai salah satu keunikan bahasa yang memiliki unsur warisan yang bernilai.


Kata kunci: bahasa Arab, bidang inguistik, kekaburan struktur, fenomena i’rab, sintaksis moden dan ilmu nahw

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hamzah, A. H., & Sapar, A. A. (2022). Limitasi I’rab dalam Penentuan Makna Ayat: Satu Analisis Linguistik Berkenaan Kekaburan Nahw: Syntax. Al-Ḍād Journal, 6(1), 143–172. https://doi.org/10.22452/aldad.vol6no1.8
Section
Articles