Penghargaan Diri (Taqdīr al-Dhāt) Menurut al-Hadith dan Kepentingannya kepada Pendakwah

Authors

  • Nabilah Hasan University of Malaya
  • Faisal Ahmad Shah University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no1.2

Abstract

Penghargaan diri adalah salah satu konstruk popular dalam ilmu psikologi. Ahli psikologi moden menekankan soal penghargaan diri tinggi kerana dipercayai bahawa penghargaan diri tinggi mempunyai hubungan rapat dengan pencapaian. Sekiranya teori ini benar, penghargaan diri tinggi perlu dimiliki oleh setiap pendakwah bagi memastikan dakwah berjalan dengan baik dan berterusan. Kajian ini dijalankan bagi memahami konsep penghargaan diri menurut al-Hadith dengan menganalisis hadith-hadith tematik penghargaan diri ataupun taqdīr al-dhāt dalam kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Hasil kajian mendapati hadith-hadith tematik memberikan paradigma baru bagi pengertian penghargaan diri, dan menggariskan punca serta ciri penghargaan diri tinggi. Paradigma ini memberikan panduan yang jelas dalam mengenalpasti tahap penghargaan diri seterusnya menggariskan ciri penghargaan diri tinggi yang perlu dicapai oleh para pendakwah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-21

How to Cite

Hasan, N., & Ahmad Shah, F. (2019). Penghargaan Diri (Taqdīr al-Dhāt) Menurut al-Hadith dan Kepentingannya kepada Pendakwah. Jurnal Usuluddin, 47(1), 35–66. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no1.2

Issue

Section

Articles