CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DISCLOSURE: A TAWHIDIC APPROACH

Authors

  • Mohd Rizal Muwazir@Mukhazir University of Malaya, Malaysia

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai pendedahan tanggungjawab sosial
korporat (CSRD) semakin mendapat perhatian di kalangan komuniti
pemiagaan. Para pemimpin korporat menegaskan bahawa sesebuah
pemiagaan dianggap sebagai efisien, memperolehi keuntungan dan
mempunyai tanggungjawab sosial sekiranya memberikan sumbangan
penuh kepada masyarakat. CSRD merupakan satu komitmen berterusan
oleh organisasi perniagaan untuk bertindak secara beretika dan
menyumbang kepada tanggungjawab sosial. Islam, sebagai satu cara
hidup lengkap melihat CSRD sebagai satu dimensi penting yang perlu
dititikberatkan oleh organisasi pemiagaan Islam. Tujuan utarna artikel
ini ialah untuk mengklasifikasikan semua item maklumat dalam
pendedahan tanggungjawab sosial korporat Islam (JCSRD) yang telah
dibincangkan oleh kajian-kajian lepas berdasarkan kepada tiga
hubungan Tawhid. Hubungan yang dimaksudkan ialah ltubungan dengan
Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan persekitaran.
Klasifikasi tersebut penting kerana Tawhid adalah asas penentu keimanan
seseorang Muslim.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Muwazir@Mukhazir, M. R. (2019). CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DISCLOSURE: A TAWHIDIC APPROACH. Jurnal Syariah, 14(1), 125–142. Retrieved from http://mjs.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22821