Wacana Tauhid dalam Surah Al-Ikhlāṣ Analisis Menurut Perspektif Sunni

Main Article Content

Mohd Sobri Ellias
Mohd Fauzi Hamat
Mohd Hasrul Shuhari

Abstract

Kegagalan sebahagian umat Islam memahami al-Qur’an berdasarkan huraian mazhab yang menjadi ikutan majoriti umat Islam menyebabkan muncul beberapa tafsiran terhadapnya yang mengelirukan dan tersasar daripada iktikad yang sahih bermanhaj pertengahan (waṣatiyyah), sebagaimana yang terciri dalam mazhab Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Kelahiran aliran yang terlalu melebihkan rasional dalam menanggapi isuisu ketuhanan tanpa meletakkannya pada posisi yang sepatutnya dan terlalu bergantung kepada nas yang zahir sehingga menjerumuskan mereka kepada al-tajsīm dan al-tashbīh perlu ditangani berdasarkan penelitian terhadap ayat-ayat tauhid yang terkandung di dalam kitab suci tersebut. Justeru, makalah ini mengemukakan huraian terhadap surah alIkhlāṣ yang sarat mengandungi wacana tauhid meliputi perbincangan tentang cara mengenal Allah SWT berdasarkan beberapa sifatNya mengikut huraian akidah Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Penelitian dilakukan terhadap asbāb al-nuzūl dan kandungan inti pati setiap ayat yang terdapat di dalamnya wacana tauhid yang jelas dan mantap. Makalah ini menyimpulkan bahawa terdapat beberapa pertentangan antara tema tauhid yang terdapat dalam surah ini dengan beberapa tafsiran tauhid terseleweng yang dipelopori oleh beberapa pihak yang dimaksudkan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ellias, M. S., Hamat, M. F., & Shuhari, M. H. (2014). Wacana Tauhid dalam Surah Al-Ikhlāṣ Analisis Menurut Perspektif Sunni. Jurnal Usuluddin, 39, 1–32. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7471
Section
Articles