Cadangan Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah Al-Nafs

Main Article Content

Che Zarrina Sa‘ari
Sharifah Basirah Syed Muhsin

Abstract

Pembinaan suatu model psikoterapi Islam dilihat menjadi keperluan mutakhir ini bersama-sama meningkatnya kesedaran Islam. Sehubungan itu, makalah ini mencadangkan suatu model psikoterapi yang berasaskan konsep tazkiyah al-nafs dalam ilmu tasawuf. Ia adalah proses penyucian jiwa secara bertahap yang ditandai oleh beberapa maqāmāt atau “hentian perjalanan sufi”. Mengambil pendekatan aplikasi teori, makalah ini mengembangkan idea maqāmāt dalam ilmu tasawuf sebagai asas model psikoterapi Islam. Empat maqāmāt, iaitu tawbah, ṣabr, rajā’ dan khawf, dipilih untuk diperincikan kerana dilihat dapat memberi kesan kepada perubahan dan pembangunan kerohanian yang lebih baik dan sempurna. Empat konsep ini juga adalah antara konsep yang paling utama dalam tasawuf. Akhirnya, makalah ini mendapati konsep-konsep dalam tasawuf berupaya untuk dikembangkan menjadi model psikoterapi yang lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sa‘ari, C. Z., & Syed Muhsin, S. B. (2012). Cadangan Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah Al-Nafs. Jurnal Usuluddin, 36, 49–74. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7454
Section
Articles