TRANSGANESIS: PELANGGARAN ETIKA BIOTEKNOLOGI DALAM KARYA SASTERA TRANS GAN ESIS: THE VIOLATION OF BIOTECHNOLOGY ETHIC IN LITERATURE
Main Article Content
Abstract
Kemajuan dalam bidang bioteknologi telah membuka banyak peluang dan wajah baru dalam banyak sektor seperti perhutanan, agrikultur, perubatan, genetik, rawatan air kumbahan, dan sebagainya. Teknik-teknik terkini dalam bioteknologi, termasuk kejuruteraan genetik membolehkan pemindahan ciri-ciri genetik diantara spesis yang sama dan antara spesis lain seperti bakteria, tumbuhan dan haiwan yang berlainan sama sekali. la sering diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perubatan, farmasi, perhutanan, pemuliharaan tenaga, pengurusan sisa pepejal perbandaran dan rawatan sisa kumbahan. Sekalipun pengubahsuaian genetik dalam bidang bioteknologi membawa banyak kebaikan kepada manusia, namun, penyalahgunaan dan pelanggaran etika terhadap teknik-teknik yang digunakan akan mengundang impak yang serius. Penyalahgunaan kejuruteraan genetik inilah yang diterapkan dalam novel Transganesis. Novel ini telah mengetengahkan tentang pelanggaran dalam bidang bioteknologi yang melibatkan etika dan pelaksanaan penyelidikan. Tidak banyak karya sastera yang mengupas tentang isu sains dan teknologi dihasilkan di Malaysia. Terbitnya novel Transganesis telah mengisi kelompangan ruang yang ada.
Progress in biotechnology field had stripped many inside opportunity and facelift many sectors like forestry, agriculture, medical, genetic, treatment of drainage water, etc. Latest techniques in biotechnology, including genetic engineering can transfer a same species genetic or between spesis such as bacteria, plant and animal different outright in features. It applied in various fields including agriculture, medical, pharmacy, forestry, energy conservation, municipal solid waste and sewage treatment. Unethical value techniques and modification genetic in biotechnology brought much good to mankind, however, it would invite a serious impact, like this writer overviews in this Transganesis novel. This novel highlighted unethical actions in biotechnology field, which involved ethic and implementation of research. Not many literary work in Malaysia described science and technology issues in creative writing. Transganesis fills the empty space of writing work in science and technology.