PEMANFAATAN AYAT AL-QURAN SERTA SEBAB PENURUNANNYA (SABAB AL-NUZUL) DALAM NOVEL PERANG UHUD KARY A ABDUL LATIP TALIB THE USE OF QURANIC VERSE AND ITS CAUSE OF REVELATION (SABAB AL-NUZUL) IN THE NOVEL PERANG UHUD BY ABDUL LATIP TALIB
Main Article Content
Abstract
Makalah ini membincangkan sebuah novel popular berkaitan sejarah Islam yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembaca khususnya golongan remaja. Kisah Perang Uhud telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan mempunyai pengajaran yang berguna untuk umat Islam. Dengan bertolak daripada pegangan peri pentingnya pemanfaatan ayat al-Quran dalam karya kreatif dilakukan menurut tatatertib tertentu demi mengelak mempersendakan kehadirannya sebagai wahyu, makalah ini merungkai novel Perang Uhud karya Abdul Latip Talib. Analisis bertolak daripada sebab penurunan (sabab al-nuzu[) ayat tersebut kepada Rasulullah SAW, dengan memfokuskan kepada beberapa kutipan ayat al-Quran yang terdapat dalam novel berkenaan. Analisis akan tertumpu kepada kewajaran kutipan ayat al-Quran tersebut dalam cerita yang dikisahkan, ketepatan maksudnya, serta sejauh mana kesantunan tatatertib pemanfaatan dan peminjaman daripada al-Quran telah dihormati. Temyata dalam novel tersebut, ayat al-Quran diletakkan pada akhir episod tertentu sebagai pengukuhan cerita. Berbekalkan beberapa buah kitab tafsir sebagai rujukan, adalah dihujahkan pemanfaatan seperti ini mengundang penelitian yang lebih lanjut lagi.
Kata kunci: al-Quran, Sabab al-nuzul, Kesantunan pinjaman, Karya kreatif, Novel popular.