PENGUASAAN ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU MELALUI PROGRAM LINUS DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA BASIC MASTERY OF READING MALAY THROUGH THE LINUS PROGRAM IN NORTHERN AREA OF PENINSULAR MALAYSIA

Main Article Content

Nur Shakirah Binti Azizan
Muhammad Saiful Haq Bin Hussin

Abstract

Fenomena murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca masih
menjadi isu dan perbualan masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk
mengetahui tahap penguasaan membaca murid-murid Tahun 1 di sebuah
sekolah di Utara Semenanjung Malaysia melalui Program LINUS. Seramai
103 subjek kajian telah menjadi sampel dalam kajian ini. Objektif kajian
ini adalah untuk menganalisis tahap pencapaian membaca murid-murid
dalam Saringan 1 dan Saringan 2 Literasi. Kajian yang dilakukan berbentuk
kajian eksperimen dan dihuraikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil
dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca murid-murid
linus meningkat dalam Saringan 2 dibandingkan dengan Saringan 1 dan
tahap pemahaman bacaan murid-murid linus berada dalam kategori baik.
Hal ini terbukti apabila berlakunya peningkatan bilangan murid yang
berada dalam kategori Arus Perdana semasa Saringan 2, iaitu seramai 30
orang subjek kajian. Kenaikan ini mewakili sebanyak 56.6 peratus dan
menjadikan murid yang berada dalam kategori ini seramai 83 orang
dibandingkan dengan 53 orang semasa Saringan 1. Bilangan subjek kajian
dalam kategori Linus pula menurun sebanyak 53.7 peratus, manakala bagi kategori Linus Tegar pula menurun sebanyak 88.9 peratus. Hanya
tinggal seorang sahaja subjek kajian yang tidak dapat menguasai Konstruk
2 semasa Saringan 2 berlangsung dan menyebabkan murid berada dalam
kategori Linus Tegar. Pengkaji turut mengemukakan beberapa masalah
yang dihadapi oleh murid semasa menjalani setiap konstruk yang diuji.
Penguasaan membaca dan memahami penting dalam memastikan muridmurid
dapat menguasai sesuatu kemahiran lain semasa proses
pembelajaran sepanjang hidup mereka.
Kata Kunci: LINUS, Literasi, penguasaan membaca, pemahaman
membaca, bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Binti Azizan, N. S., & Bin Hussin, M. S. H. (2017). PENGUASAAN ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU MELALUI PROGRAM LINUS DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA: BASIC MASTERY OF READING MALAY THROUGH THE LINUS PROGRAM IN NORTHERN AREA OF PENINSULAR MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 135–163. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9633
Section
Articles