INTI PATI DAN NILAI KARTUN REJABHAD DALAM MAJALAH GILA-GILA THE SUBSTANCE AND VALUES PORTRAYED IN REJABHAD’S CARTOONS IN GILA-GILA MAGAZINES

Main Article Content

Nor Nadhirah Aniqah Abd Rahim
Arba’iyah Ab. Aziz
Mohamad Kamal Abd Aziz

Abstract

ABSTRAK
Majalah kartun tidak hanya dinilai melalui luaran sahaja namun mempunyai inti pati dan aspek nilai melalui pendekatan cerita yang di bawa sama ada daripada ekspresi watak kartun yang menampilkan makna-makna yang tersurat. Kajian ini menganalisis kartun Rejabhad dalam majalah Gila-Gila, sebuah majalah kartun yang menjadi wadah hiburan dan kesukaan masyarakat menggunakan pendekatan konsep inti pati dan nilai. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis inti pati dan aspek nilai dalam kartun Periwira Mat Gila, Tan Tin Tun, Selendang Siti Rugayah dan Amal anak Periwira Mat Gila oleh kartunis Rejabhad. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif, melibatkan analisis kandungan kartun tersebut. Analisis juga tertumpu pada jalan cerita dialog yang digunakan bahasa dan pemilihan kata, watak, lakaran imej, isyarat serta simbol-simbol yang dipaparkan menerusi kaedah deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian oleh Teori Edmund Burke Feldman (1994). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa inti pati penceritaan dan aspek nilai dalam kartun Rejabhad dapat membentuk pendekatan moral dalam kalangan masyarakat dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan tanah air. Selain itu, pendekatan nilai dalam kartun memupuk elemen pengajaran, pengalaman dan pengetahuan
daripada pelbagai ragam kehidupan masyarakat dari aspek positif dan negatif. Implikasi kajian ini ialah kartun perlu dikaji secara mendalam kerana mempunyai nilai-nilai yang tersirat, mempunyai nilainya menerusi kiasan, sama ada menggunakan unsur-unsur simbolik atau menerusi dialog-dialog yang dipaparkan dalam jalan cerita. Kajian ini diharap dapat memberi impak dari sudut ilmiah dalam industrikartun tempatan terhadap pelajar, penyelidik, ahli sarjana, kartunis, ahli seni, pembaca kartun, pengumpul dan masyarakat umum.



Kata kunci: kartun; inti pati; nilai; Rejabhad; majalah Gila-Gila


ABSTRACT
Cartoon magazines are not only analysed based on their extrinsic features; they also contain intrinsic substance and values that can be shared vis-à-vis stories through explicit characters’ expressions. This paper utilised the concept of substance and value to study cartoons produced by Rejabhad in the magazine Gila-Gila, a highly adored entertainment medium. It aims to analyse the cartoonist’s works titled Periwira Mat Gila, Tan Tin Tun, Selendang Siti Rugayah and Amal anak Periwira Mat Gila. The paper utilized a qualitative methodology that involved content analysis, focusing on the plot in dialogues, language, word selection, characters, sketches, gestures and symbols through the approach of description, analysis, interpretation and evaluation proposed by Edmund Burke Feldman (1994). Results showed that the substance and values promoted in Rejabhad cartoons can shape the morals of a community, thereby contributing towards race, religion and country. In addition, the value-based approach can foster the elements of lessons learnt, experience and knowledge derived from a motley of negative and positive occurrences in the community. Overall, cartoons should be studied in depth because they contain intrinsic values taught through allusions in symbolism and dialogue. Consequently, this paper hopes to provide an academic impact on the local cartoon industry, be it towards students, educators, scholars, cartoonists, artists, readers, collectors and the public alike.



Keywords: cartoon; substance; values; Rejabhad; Gila-Gila magazine

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Nor Nadhirah Aniqah Abd Rahim, Arba’iyah Ab. Aziz, & Mohamad Kamal Abd Aziz. (2023). INTI PATI DAN NILAI KARTUN REJABHAD DALAM MAJALAH GILA-GILA: THE SUBSTANCE AND VALUES PORTRAYED IN REJABHAD’S CARTOONS IN GILA-GILA MAGAZINES. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(2), 33–46. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/47607
Section
Articles