ANALISIS PRAGMATIK KECENDERUNGAN PELAPORAN AKHBAR BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA BERDASARKAN ELEMEN BAHASA A PRAGMATIC ANALYSIS OF THE REPORTING TRENDS IN MALAY LANGUAGE NEWSPAPERS BASED ON THE ELEMENTS OF LANGUAGE

Main Article Content

Hasmidar Hassan
Nurerma Aida Abdul Rahman
Norsofiah Abu Bakar

Abstract

Abstract
Newspapers are one of the main channels that feature a variety of news and information to
the public. For the longest time, newspapers have played a significant role in conveying
information to readers and can change public perception and views on particular issues and
news. In the context of newspapers in Malaysia, mainstream newspapers not only report local
and foreign news but also the voice of the government when conveying messages and policies
to the people. However, in the process of reporting current news, especially those involving
politics and national leadership issues, each newspaper’s reporting style can be analysed
based on the language elements used. This factor may not be obvious to the general reader,
but if examined through linguistics, especially the field of pragmatics, such tendencies can be
proven appropriately. Therefore, this study aimed to prove that the language elements used in
news reports can be analysed to show the slant of a newspaper towards an issue. For this
purpose, this study utilises the relevance theory envisaged by Sperber & Wilson (1995) to
describe the manner in which each linguistic input on a semantic level can be interpreted to
explain the true meaning of what is being announced by Malay dailies.



Keywords: newspapers, tendency, pragmatic, implicit meaning, Relevance Theory


Abstrak
Akhbar ialah salah satu saluran utama yang menyampaikan pelbagai berita dan maklumat
kepada masyarakat. Sejak sekian lama, akhbar terbukti mempunyai peranan yang besar untuk
menyampaikan maklumat kepada pembaca di seluruh pelosok negara dan mampu mengubah
persepsi dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu dan berita. Dalam konteks akhbar di
Malaysia, akhbar arus perdana bukan sahaja melaporkan pelbagai berita di dalam dan luar
negara malahan turut menjadi suara kerajaan dalam menyampaikan amanat, dasar dan polisi
negara kepada rakyat amnya. Namun, dalam proses melaporkan berita semasa, khususnya
berita yang melibatkan politik dan kepimpinan negara, kecenderungan pelaporan setiap
akhbar terhadap isu yang dilaporkan dapat dilihat berdasarkan penggunaan elemen bahasa.
Jika penggunaan bahasa ini dikaji dan diselidiki berdasarkan pendekatan dan teori yang
tertentu, kecenderungan ini dapat dibuktikan dengan berpada. Oleh itu, kajian ini
diketengahkan bagi membuktikan bahawa elemen bahasa yang digunakan dalam tajuk berita
dapat dianalisis bagi memperlihatkan kecenderungan akhbar terhadap isu yang dilaporkan
tersebut. Untuk tujuan ini, kajian ini memanfaatkan Teori Relevans yang digagaskan oleh
Sperber & Wilson (1995), khususnya idea makna prosedur bagi menghuraikan cara mana
setiap input linguistik pada peringkat semantik dapat diinterpretasikan bagi menjelaskan
maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh laporan akhbar tersebut.



Kata Kunci: akhbar, kecenderungan pelaporan, pragmatik, makna implisit, Teori Relevans

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hasmidar Hassan, Nurerma Aida Abdul Rahman, & Norsofiah Abu Bakar. (2022). ANALISIS PRAGMATIK KECENDERUNGAN PELAPORAN AKHBAR BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA BERDASARKAN ELEMEN BAHASA : A PRAGMATIC ANALYSIS OF THE REPORTING TRENDS IN MALAY LANGUAGE NEWSPAPERS BASED ON THE ELEMENTS OF LANGUAGE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 83–97. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39754
Section
Articles