ASPEK REALISME MAGIS DALAM NOVEL CEBISAN MANTERA TERAKHIR ELEMENTS OF MAGICAL REALISM IN THE NOVEL “CEBISAN MANTERA TERAKHIR”

Main Article Content

Eizah Mat Hussain
Siti Nur Anis Muhammad Apandi
Nurhasyimah Saidin

Abstract

Abstract
Magical realism, which combines reality and fantasy, has become a trend in the world of
literature, sparking a new way of thinking while producing a literary work. Studies on magical
realism in literature are crucial as they could reflect the cultural and societal norms of the
society featured. This article utilised the theory of magical realism by Faris (2004) to discuss the
aspect of magical realism presented in the novel “Cebisan Mantera Terakhir” (2013) by
Hasanuddin Md. Isa and published by the Malaysian Institute of Translation and Books
(ITBM). The genre of the novel is classified as mystery or mysticism in the setting of
a supernatural world where shamans practise “santau” (a type of black magic) in the
Malay community. This qualitative study aims to identify and analyse the way the author
depicts magical realism through content analysis of the text. Findings showed that the magic
element in the form of “santau” was evident in the Malay community featured in the novel. The
application of Faris‟s principles showed the clear connection between reality and the magical
elements of “santau” which can be categorised into particular aspects of the text, such as
objects, events, characters, beliefs and texts. Religion and beliefs are also inseparable
from the Malay community, a factor portrayed as a connection between reality and the
supernatural worlds.



Keywords: magical realism, novel, Cebisan Mantera Terakhir, shaman, santau, black magic


 


Abstrak
Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata
dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap
realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis
merupakan satu cerminan atau refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat.
Kajian ini mengaplikasikan Teori Realisme Magis oleh Faris (2004) untuk memperlihatkan
aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir (2013) karya Hasanudin Md Isa
dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel ini
memaparkan genre misteri atau mistik yang menerapkan elemen dunia ghaib dan golongan
pawang yang terlibat dalam kegiatan santau dalam masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek realisme magis dalam novel yang memperlihatkan
bagaimana pengarang mengungkapkan elemen realisme magis dalam karya. Kajian ini dilakukan
secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian ini jelas
menggambarkan unsur magis yang dapat dikesan dalam amalan santau dengan berlatarkan
masyarakat Melayu. Penggunaan prinsip-prinsip oleh Faris (2004) telah menonjolkan
perhubungan yang jelas antara unsur realiti dan unsur magis dalam amalan santau itu dengan
adanya pembahagian kepada kelompok-kelompok tertentu, iaitu objek, peristiwa, watak,
kepercayaan, teks, dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, konteks agama dan kepercayaan
tidak dapat diasingkan dalam tradisinya yang turut dipaparkan sebagai satu perkaitan antara alam
nyata dan alam ghaib.



Kata Kunci: realisme magis, novel, Cebisan Mantera Terakhir, pawang, santau

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Eizah Mat Hussain, Siti Nur Anis Muhammad Apandi, & Nurhasyimah Saidin. (2022). ASPEK REALISME MAGIS DALAM NOVEL CEBISAN MANTERA TERAKHIR: ELEMENTS OF MAGICAL REALISM IN THE NOVEL “CEBISAN MANTERA TERAKHIR”. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 27–43. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39751
Section
Articles