PERSAINGAN ANTARA SPESIES DALAM NOVEL SARAWAK

Main Article Content

Maharam Mamat

Abstract

Novel-novel yang dihasilkan penulis Sarawak kaya dengan unsur, dan
isu berkaitan alam sekitar. Kajian ini akan meneliti persaingan antara
spesies yang diterapkan pengarang negeri Sarawak dalam novel mereka
seperti Jong Chian Lai, Hamlin Abolhi, Jais Sahok, Dahiri Saini, Jaya
Ramba, Sarimah Alit, Mohamad Faisal Jamil, Idris Boi, dan Amil Jaya.
Persaingan antara spesies yang dikaji melibatkan persaingan antara
spesies yang sama dan persaingan antara spesies yang berbeza. Ia
merangkumi persaingan antara manusia dan manusia, manusia dan
alam, dan akhirnya melibatkan persaingan antara manusia dan Tuhan.
Berdasar kajian ini, didapati bahawa persaingan yang wujud dalam
novel-novel kajian didorong oleh kepentingan dan keperluan untuk
meneruskan kehidupan. Penindasan dan kekejaman berlaku dalam
persaingan apabila keperluan atau kehendak spesies tertentu berada
dalam situasi tergugat. Persaingan yang bersifat penindasan seperti
parasit pula berlaku semasa penjajahan kuasa Barat dan Jepun.



Kata kunci: persaingan antara spesies, ecocriticism, penulis Sarawak,
novel Melayu, Kesusasteraan Melayu

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mamat, M. (2020). PERSAINGAN ANTARA SPESIES DALAM NOVEL SARAWAK. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 147–184. Retrieved from https://mjs.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25682
Section
Articles