PENDEDAHAN JATI DIRI DAN BUDAYA JEPUN DALAM PROGRAM MOTIVASI KEPADA PELAJAR - PELAJAR PRA-UNIVERSITI

Main Article Content

Zainol Abidin Kasim

Abstract

Artikel ini melihat dalam kebolehsuaian rujukan kepada amalan jati diri dan budaya Jepun dalam meningkatkan lagi motivasi pelajar-pelajar pra-universiti khususnya dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan peperiksaan. Program yang dijalankan adalah mendapat kerjasama pihak UMCares, Universiti Malaya menerusi geran komuniti UMCares (Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya) 2017 yang diperolehi oleh kumpulan penyelidik di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya(PASUM) . Program motivasi yang telah dijalankan menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar. Pelajar-pelajar pra-universiti yang terlibat dalam program motivasi yang telah dijalankan adalah dari tiga program utama. Program pertama melibatkan seramai 217 pelajar Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, Kuala Lumpur (KTEDM) mengikuti Program Konsultansi dan Motivasi ‘Gambare’. Program kedua dijalankan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM) melibatkan pelajar-pelajar dari Kobe Super Science High School, Jepun (KSSHSJ) dengan Pelajar-pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) tahun dua dan Pelajar-pelajar Kumpulan Asasi Hayat PASUM iaitu Program Pertukaran Pendidikan dan Budaya - Kouryukai. Manakala program ketiga pula ialah program yang melibatkan seramai 180 orang pelajar Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya (KTEPJ) iaitu Program Pemantapan Pembelajaran ‘Isshoni Gambarou - Rika dan Bunka’. Pelajar boleh dirangsang menyertai program motivasi menerusi penjelasan motif dan insentif. Insentif adalah galakan yang mendesak individu berusaha untuk mendapatkan ganjaran seperti markah, hadiah, sijil dan sebagainya. Manakala motif pula menurut Pokey dan P. Blumenfeld (1990) terdiri daripada keperluan dan dorongan. Motif boleh berpunca daripada dorongan diri, pengaruh luar atau minat yang diperolehi daripada kuasa yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku. Dengan menyertai program motivasi, pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik tetapi juga kecemerlangan dalam membina modal insan. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan program motivasi yang telah dijalankan itu dapat membantu kecemerlangan pelajar. Pendedahan itu membolehkan para pelajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran pembelajaran yang pastinya akan dihadapi oleh setiap orang. Fasilitator dalam program pertama merupakan mereka yang berlatarbelakang pendidikan di Jepun dan mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya Jepun. Manakala dalam program kedua, pelajar-pelajar dari KSSHSJmenggunakan kemahiran bahasa Inggeris telah membentangkan beberapa aspek sains dan budaya Jepun yang boleh menjadi inspirasi dan tambah nilai kepada kekuatan jati diri pelajar terlibat menghadapi cabaran dalam pembelajaran. Program ketiga pula menfokuskan kepada motivasi berkaitan pengenalan program pendidikan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dan STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik)dan pendedahan pendidikan dan amalan budaya Jepun.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles