PEMAHAMAN MAHASISWA UIS TERHADAP KEARIFAN TEMPATAN MELALUI SASTERA MELAYU DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA: SATU KAJIAN RINTIS UIS STUDENTS' UNDERSTANDING OF LOCAL WISDOM THROUGH MALAY LITERATURE AND INFLUENCED FACTORS: A PILOT STUDY

Main Article Content

Zurina Abdullah
Rohaini Amin
Nor Azlina Endut
Salmah Jan Noor Mohammad

Abstract

Kajian ini merupakan analisis kajian rintis yang bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman mahasiswa terhadap kearifan tempatan menerusi sastera Melayu dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan kajian lalu, sastera Melayu ternyata dapat memberi nilai dalam memahami kearifan tempatan dalam masyarakat Melayu. Kaedah kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang disebarkan kepada 76 responden dari Universiti Islam Selangor (UIS). Analisis data dilakukan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan Skala Likert untuk menilai persepsi responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa terhadap kearifan tempatan, dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran
mahasiswa terhadap kearifan tempatan menerusi sastera Melayu. Dari aspek pemahaman mahasiswa UIS terhadap kearifan dalam sastera Melayu, didapati berada pada tahap yang sangat tinggi kerana majoriti responden memilih skala Sangat Setuju. Seterusnya, dapatan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran mahasiswa terhadap kearifan tempatan didapati berada pada tahap yang tinggi apabila rata-rata responden memilih skala Setuju. Kajian ini dijangka akan memberi sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada elemen ke-4 dari aspek Pendidikan Berkualiti dengan menyokong pembangunan pendidikan yang inklusif dan berkualiti, serta meningkatkan kesempatan pembelajaran sepanjang hayat bagi mahasiswa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zurina Abdullah, Rohaini Amin, Nor Azlina Endut, & Salmah Jan Noor Mohammad. (2024). PEMAHAMAN MAHASISWA UIS TERHADAP KEARIFAN TEMPATAN MELALUI SASTERA MELAYU DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA: SATU KAJIAN RINTIS: UIS STUDENTS’ UNDERSTANDING OF LOCAL WISDOM THROUGH MALAY LITERATURE AND INFLUENCED FACTORS: A PILOT STUDY. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 83–94. Retrieved from http://mjs.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56717
Section
Articles

References

Ali, T. I. M. T. M, Mustafa, M. M. & Junaidi, R. (2020). Kearifan tempatan dalam kulit buku sastera kanak-kanak terpilih terbitan PTS. Jurnal Peradaban Melayu, 15(1), 22–37.

Ahmad, A. R. (2021). Bangsa Melayu, krisis ilmu dan revolusi pendidikan Islam sebagai jalan pencerahan. Jurnal Melayu Sedunia, 1(1), 10-41.

Yaacob, M. F. C. (2021). Nilai-nilai murni dalam naratif lisan di lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu penelitian pengkaedahan Melayu. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

Tuah, D. (2022). Sastera rakyat daripada perspektif kearifan tempatan dan potensinya kepada pelancongan budaya di Sarawak. Akademia, 92(2), 153-168.

Sulaiman, M., Ahmad, M. N., Md Hamdani, S. & Mahyuddin, M. K. (2021). Manuskrip Melayu Islam sebagai warisan kearifan tempatan: isu dan prospek masa depan. E-proceedings of the International Conference on Da’wah and Islamic Management, 1-37.

Yusof, M. Y. M. & Hanafiah, M. G. (2015). Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 31(2), 33-46.

Yusof, M. Y. & Ramli, M. A. (2020). Pentakrifan kearifan tempatan: suatu sorotan. Jurnal Melayu, 19(2), 175-188.

Setyaningrum, N. D. B. (2018). Budaya Lokal di Era Global. Jurnal Ilmu Pengetahuan dan Karya Seni, 20 (2), 102-112.

Hamid, R. A. (2015). Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam karya sastera. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Adnan, T. S. N. S. T. (2023). Akal budi orang Melayu menerusi cerita-cerita rakyat. Pendeta,14(2), 56-7.