PERBANDINGAN PANTANG LARANG KAUM IBAN DAN KAUM MELANAU COMPARISON OF TABOOS OF THE IBAN AND MELANAU PEOPLE

Main Article Content

Erni Zunatasha Rosli
Fatin Amirah Huwaida Jakariya
Izyan Khaliesah Empang Mohd. Khir Nasirruddin
Natasha Dayang Brain
Nik Nur’ain Dalila Nik Azman
Nur Iylia Maisarah Syaharudy

Abstract

Pantang larang bermaksud perbuatan yang dilarang untuk dilakukan. Pantang larang ini wujud dalam sesebuah adat dan kepercayaan sesuatu kaum. Dalam konteks masyarakat Iban dan Melanau, pantang larang terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Masyarakat Iban dan Melanau percaya bahawa pelanggaran pantang larang akan menyebabkan berlakunya kecelakaan. Namun, terdapat perbezaan pantang larang di antara kedua-dua kaum tersebut terutama dari segi unsur simbol. Objektif pertama kajian ini, ialah mengenal pasti simbol dalam pantang larang masyarakat Iban dan Melanau, kedua menghuraikan perbezaan pantang larang kaum Iban dan Melanau secara umum dan yang terakhir, ialah menganalisis perbezaan unsur simbol dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kaedah penyelidikan lapangan di mana data diperoleh melalui temu bual enam orang informan yang berasal dari Bintangor (berketurunan Iban) dan Mukah (berketurunan Melanau). Hasil analisis kajian ini mendapati unsur simbol seperti tumbuhan, perbuatan, benda, dan haiwan dalam pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau. Misalnya Melanau mempunyai simbol tumbuhan midin dan kulat, manakala kaum Iban mempunyai simbol tumbuhan padi, labu dan pokok pisang. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan perbandingan unsur simbol dan makna dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Ia bertujuan untuk menjaga tatatertib dalam kehidupan masyarakatnya sekali gus memperingati masyarakatnya untuk sering berhati-hati dan menjauhkan diri daripada sebarang bahaya yang akan mendatang.



Kata kunci: kaum Iban; kaum Melanau; kepercayaan; pantang larang; simbol


 


Taboo means an act that is forbidden to commit. This taboo exists in a custom and belief of a race. In the context of the Iban and Melanau communities, taboos were formed as a result of belief in the forces of evil forces. The Iban and Melanau communities believe that a violation of the taboo will cause an accident. However, there is a taboo difference between the two races especially in terms of symbol elements. The first objective of this study, is to identify symbols in the taboos of the Iban and Melanau communities, the second describes the difference in the taboos of the Ibans and Melanau in general and the last, is to analyze the differences of the symbolic elements in the taboos of the Ibans and Melanaus. This study used library studies and field research methods where data was obtained through interviews of six informants from Bintangor (Iban descent) and Mukah (of Melanau descent). The results of this
analysis found that symbolic elements such as plants, deeds, objects, and animals in the taboos of the Ibans and Melanau people. For example, Melanau has the symbol of midin and fungal plants, while the Ibans have the symbol of rice, pumpkin and banana trees. Overall, this study discusses the comparison of symbol elements and meanings in the taboos of the Ibans and Melanaus. It aims to maintain discipline in the life of its community thus commemorating its community to be vigilant and stay away from any
future dangers .



Keywords: Iban people; Melanau people; believe; taboos; symbols

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Erni Zunatasha Rosli, Fatin Amirah Huwaida Jakariya, Izyan Khaliesah Empang Mohd. Khir Nasirruddin, Natasha Dayang Brain, Nik Nur’ain Dalila Nik Azman, & Nur Iylia Maisarah Syaharudy. (2023). PERBANDINGAN PANTANG LARANG KAUM IBAN DAN KAUM MELANAU: COMPARISON OF TABOOS OF THE IBAN AND MELANAU PEOPLE. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 6(1), 1–12. Retrieved from http://mjs.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48295
Section
Articles

References

Adel Via, & Erni, E. (2021). Makna dan fungsi pantang larang masyarakat Melayu Peranap di Kecamatan Peranap Kabupaten Indragiri Hulu. J-LELC: Journal of language Education, Linguistics, and Culture, 1(3), 1-6. https://doi.org/10.25299/j-lelc.v1i3.8079

Ani Omar. (2014) Pantang larang dalam kalangan orang Melayu: Analisis dari perspektif teori SPB4K.

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7(1), 76-97.

Ernie Zahdina Md Seruddin. (2019). Pantang larang suku Kedayan di Brunei: Analisis berdasarkan teori pragmatik dan etnografi pertuturan. Asian Journal Of Environment, History And Heritage, 3(1), 211-232

Hamidah Abdul Wahab. (2013). Petua dan pantang larang tradisional dalam alam Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilization. 1(1), 89-97.

Jeniri Amir. (1988). Asal usul Melayu Sarawak: Menjejaki titik tak pasti. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(1), 1-17.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiyai, G., & Tugang, N. (2020). Artifak budaya masyarakat Iban: Warisan dan pusaka. Jurnal Kinabalu, 26(1), 59-71.

Mohammad Husri Morni, Norazlina Mohd Kiram & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2021). Pantang Larang Kaum Lelaki Melanau, Sarawak dan Kesan Ketidakpatuhan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 45-58.

Mohd Shahril Shaari. (2012). Simbolisme dan kritikan sosial yang terdapat di dalam novel Seluang Menolak Baung Karya Shahnon Ahmad bagi menterjemahkan pemikiran pengarangnya. (Disertasi Sarjana Pendidikan). Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Noor Norazila Inai & Mohamad Maulana Magiman. (2020). Ritual serarang: Analisis hidangan makanan sebagai simbol Komunikasi bukan masyarakat Melanau Likow di Dalat, Sarawak. Jurnal Komunikasi Borneo, 8(1), 118-132.

Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan Mohamad Hanapi. (2020). Keindahan simbol dan makna dalam pantang larang Masyarakat Melayu. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 3(12), 01-12.

Salmah Omar & Mohan Ratharishan. (2016) Pantang larang makanan masyarakat Melanau Sarawak. In: International Conference on Social Sciences and Humanities (PASAK 2016), 20 & 21 April 2016, KUIS Convention Center, International Islamic University College Selangor (KUIS). (Unpublished)