Persoalan Melihat dan Bertemu Rasulullah SAW Secara Yaqaẓah
DOI:
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol43no1.2Abstract
Pertemuan dengan Rasulullah s.a.w. secara yaqaẓah (jaga) serta melihatnya selepas kewafatan adalah dakwaan yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu sehingga kini. Keharusan perkara ini berlaku diperselisihi dalam kalangan ulama Islam. Justeru, makalah ini membincangkan pandangan serta hujah pihak yang mendakwa keharusan yaqaẓah berlaku dan pihak yang menolak keharusannya. Kemudian penilaian dilakukan terhadap hujah kedua-dua pihak. Hasil penilaian merumuskan bahawa hujah pihak yang mendakwa keharusan yaqaẓah adalah tidak kukuh dan tidak memadai bagi mensabitkan kesahihan dakwaannya.








