Faktor Tarikan Dakwah Mohd Fadli Yusof dalam Pengislaman Masyarakat Non-Muslim di Pedalaman Pensiangan, Sabah

Authors

  • Abd Hadi Borham Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Fakhrul Adabi Abdul Kadir University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.4

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai faktor-faktor tarikan dalam dakwah. Ia memfokuskan kepada faktor-faktor tarikan dalam dakwah Mohd Fadli Yusof terhadap masyarakat non-muslim di Sabah. Beliau merupakan salah seorang pendakwah bebas yang telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-muslim di bahagian pedalaman Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun, beliau telah berjaya mengislamkan seramai 269 orang non-muslim dan membina sebuah masjid di kawasan pedalaman Pensiangan, Sabah. Bagi melihat perkara tersebut, kajian ini dilakukanuntuk mengenal pasti faktor-faktor tarikan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan. Kajian lapangan ini menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan temu bual informan di Kampung Padang, mukim Sepulut pedalaman Pensiangan. Hasil kajian mendapati lima faktor tarikan dakwah Mohd Fadli Yusof iaitu faktor tarikan qudwah, quwwah, kelainan, berulang-ulang dan keprihatinan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-31

How to Cite

Borham, A. H., & Abdul Kadir, F. A. (2015). Faktor Tarikan Dakwah Mohd Fadli Yusof dalam Pengislaman Masyarakat Non-Muslim di Pedalaman Pensiangan, Sabah. Jurnal Usuluddin, 42, 77–100. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.4

Issue

Section

Articles