Pembangunan Modal Insan dalam Menjayakan Perniagaan dari Perspektif Islam

Main Article Content

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi

Abstract

Islam amat memandang tinggi terhadap bidang keusahawanan sehingga terdapat sebanyak 370 ayat al- Qur’an menyentuh keusahawanan dan perniagaan sebagai satu sumber pencarian rezeki yang halal dan mulia. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan ahli keusahawanan yang  berjaya  disebabkan  oleh  sifatnya  yang  amanah di mana Baginda dikenali sebagai “al-amin”.   Namun begitu, di Malaysia, perniagaan tidak mendapat tempat di kalangan Melayu Muslim. Ini kerana mereka sering gagal dalam perniagaan mereka.  Justeru, mereka perlu dilatih dan diberi latihan semula bagi menjayakan perniagaan mereka.   Adalah dicadangkan mereka diberi latihan daripada perspektif Islam yang mana lebih bersepadu dan dimanis dalam menangani masalah mereka.   Ini kerana latihan konvensional tidak mengambil kira matlamat jangka panjang iaitu kejayaan di hari akhirat di mana ia tidak menekankan kepada keperluan kerohanian pelatih.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Ghani Azmi, I. (2008). Pembangunan Modal Insan dalam Menjayakan Perniagaan dari Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 28, 123–137. Retrieved from http://mjs.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7274
Section
Articles