Pembangunan Jiwa Berasaskan Konsep al-Nafs Menurut Perspektif Ibn Bajjah

Authors

  • Muhammad Latiffi Mahadzir Universiti Sains Malaysia
  • Shaik Abdullah Hassan Mydin Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Afifuddin Mohamad Universiti Sains Malaysia
  • Rafidah Ramya @ Abd Rahim Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.sp2019no1.1

Abstract

Artikel ini memperkenalkan Ibn Bajjah sebagai salah seorang tokoh ilmuwan Islam Andalusia yang berpengaruh dalam pembangunan jiwa berasaskan konsep al-Nafs. Objektif pertama, meneliti latar belakang dan sejarah hidup Ibn Bajjah. Kedua, menjelaskan tentang konsep al-Nafs menurut perspektif Islam. Ketiga, menerangkan tentang proses pembangunan jiwa menurut pandangan Ibn Bajjah mengikut konsep al-Nafs. Rumusan awal artikel ini menjelaskan tentang Ibn Bajjah merupakan tokoh pemikir yang menghuraikan tentang konsep al-Nafs dari sudut ilmu, pemikiran dan tauhid. Kedua, Ibn Bajjah menekankan tentang kepentingan proses pembangunan jiwa berasaskan konsep al-Nafs bagi melahirkan hubungan antara hamba yang dicipta dengan Pencipta. Akhirnya penulisan berkaitan Ibn Bajjah ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik dan pemuda dalam meneladani tokoh pemikir Islam yang kreatif dalam kehidupan mereka demi menjaga hubungan dengan Allah SWT secara harmonis dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-19

How to Cite

Mahadzir, M. L., Hassan Mydin, S. A., Mohamad, M. A., & Ramya @ Abd Rahim, R. (2019). Pembangunan Jiwa Berasaskan Konsep al-Nafs Menurut Perspektif Ibn Bajjah. Jurnal Usuluddin, 47, 1–24. https://doi.org/10.22452/usuluddin.sp2019no1.1

Issue

Section

Articles