Karya Terjemahan Hadis Abad ke-19: Penyelenggaraan Teks Karya Nadir Hidāyat al-Mukhtār oleh Tuan Hasan Besut

Authors

  • Amer Hudhaifah Hamzah University of Malaya
  • Ahmad Arifin Sapar University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.1

Abstract

Manuskrip merupakan suatu bentuk tinggalan sejarah yang sangat bermakna bagi sesebuah bangsa. Manuskrip dan karya-karya nadir berpotensi menjadi produk pelancongan jika ia dimanfaatkan. Kajian ini bertujuan membuktikan kenadiran dan keunikan karya Hidāyat al-Mukhtār oleh Tuan Hasan Besut pada abad ke-19 di samping menjalankan transliterasi teks terhadap karya tersebut. Pendekatan yang digunakan dalam membuktikan kenadiran karya Hidāyat al-Mukhtār adalah semakan automatik (auto finding) terhadap katalog-katalog digital Manuskrip Islam seluruh dunia dengan bantuan perisian al-Bāḥith fī al-Makhṭūṭāt al-Islāmiyyah yang disediakan oleh laman web Jāmi‘ al-Makhṭūṭāt al-Islāmiyyah di alamat url www.wqf.me. Manakala kajian Transliterasi pula dilakukan dengan bantuan Kamus Dewan dan al-Mu‘jam al-Wasīṭ bagi menyemak makna-makna perkataan bahasa Arab. Dapatan menunjukkan meskipun edisi cetakan pertama Hidāyat al-Mukhtār (tahun 1833) mengandungi masalah bahasa dan kesalahan percetakan, namun ia penting kerana berjaya menyelamatkan sebuah karya Hadis al-Ḥāfiẓ al-Mundhirī, ulama hadis Mesir abad ke-7 Hijri bersamaan 13 Masihi, yang dianggap telah hilang. Selain itu, berdasarkan riwayat hidup Tuan Hasan Besut dan tinjauan terhadap teks karya Hidāyat al-Mukhtār, dapat disimpulkan bahawa beliau merupakan seorang pendidik yang disanjungi di Besut pada abad ke-19, ketiga-tiga karya asli dan terjemahan Tuan Hasan Besut dijangkakan mempunyai nilai ilmu pendidikan dan psikologi yang sangat bermakna untuk dibuat kajian lanjutan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2018-12-31

How to Cite

Hamzah, A. H., & Sapar, A. A. (2018). Karya Terjemahan Hadis Abad ke-19: Penyelenggaraan Teks Karya Nadir Hidāyat al-Mukhtār oleh Tuan Hasan Besut. Jurnal Usuluddin, 46(2), 1–26. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.1

Issue

Section

Articles