Iḥsān Ilahī Ẓahīr dan Kritikannya terhadap Akidah al-Imāmah
DOI:
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol45no2.1Abstract
Doktrin al-Imāmah mempercayai kewujudan imam dua belas bermula dari ‘Alī bin Abī Ṭālib hinggalah imam ke dua belas iaitu Muḥammad bin Ḥassan al-‘Askarī. Mereka telah memertabatkan dua belas orang imam tersebut sebagai imam dan ketua tertinggi dalam negara yang mempunyai sifat-sifat tertentu menyamai para nabi. Dalam artikel ini, penulis akan menjelaskan kritikan yang dikemukakan oleh Iḥsān Ilahī Ẓahīr berkenaan akidah al-Imāmah berasaskan karya-karya muktabar syiah dan ahli Sunnah wa al-Jama’ah. Kritikannya yang baik menjadikan ia digeruni oleh syiah dan melonjakkan dirinya antara pengkritik syiah yang unggul hingga akhirnya beliau mati dibunuh.








